Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka menghidapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk anda megenalpasti tanda-tanda tersebut untuk mengelakkan anda dari menjadi mangsa kencing manis.
Jenis kencing manis
Terdapat dua jenis diabetes - Jenis 1 (Type 1) dan Jenis 2 (Type 2). Kira-kira 90 peratus daripada pesakit kencing manis adalah dari Jenis 2. Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin.
Perbezaan kencing manis Jenis 1 dan Jenis 2 adalah bagi Jenis 1 badan tidak menghasilkan insulin manakala Jenis 2 sel-sel tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin dan / atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi. Kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik.
SIMPTOM AWAL PENYAKIT DIEBETES
- Paras gula darah tinggiCara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.
- Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malamKerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.
- Hilang berat badan secara tiba-tibaTahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.
- Sentiasa rasa laparApabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, menyebabkan tahap gula dalam darah untuk kadang-kadang jatuh.Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.
- Luka lambat sembuhIni adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota di badan.
- Keletihan dan cepat marahUsaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.
- Terdedah kepada jangkitan kulatWanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.
- Penglihatan kaburApabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.Walabagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.
- Sensasi pada tangan dan kakiKesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki: Ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.
- Kulit merengsaIni boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.
BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU PESAKIT DIEBETES
Zinc complex
Zinc membantu mempercepatkan penyembuhan luka-luka yang disebabkan oleh diebetes.
GLA complex
Mengandungi asid omega 6 yang mana mengurangkan
keradangan dan membantu mengurangkan sakit saraf yang dialami pesakit diabetes
keradangan dan membantu mengurangkan sakit saraf yang dialami pesakit diabetes
Sustained Release Vita C Plus
Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan, mencegah gula dalam badan menjadi sorbitol dan membantu mengurangkan penghasilan katarak,retinopati dan neuropati.
Vitalea
mengandungi chromium iaitu penting untuk pesakit
diabetes Type 2 yang mana kekurangan chromium menyebabkan
pengambilan gula ke dalam sel menjadi kurang efektif
diabetes Type 2 yang mana kekurangan chromium menyebabkan
pengambilan gula ke dalam sel menjadi kurang efektif
Alfalfa
terkandung mineral yang tinggi dapat membantu untuk
menyahtoksikkan bahan yang tidak diperlukan dalam badan
menyahtoksikkan bahan yang tidak diperlukan dalam badan
Bcomplex
Vitamin B Complex ini membantu menangani masalah kebas-kebas yang dialami oleh pesakit kencing manis.
Nampak macam banyak supplement yang perlu diambil kan? Mesti mahal kan? itu mesti yang terdetik di fikiran u olss kan...?.. dun wori.. lynn akan bantu suggestkan supplement yang bersesuaian dengan budget anda...
Apa pun..kita hanya berusaha.... selain berusaha, jangan lupa memohon kepadaNya agar diberikan kesihatan yang baik untuk diri kita...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
marlinda ngaliman
pengedar sah shaklee kawasan ampang
shaklee id 944003
sms/telegram/whatsapp +60107158797
email : alin.shaklee@gmail.com
No comments:
Post a Comment