Sunday 16 November 2014

STRESS : KENALI PUNCA DAN CARA ATASI

Hidup moden penuh dengan kesibukan, tarikh akhir, kekecewaan dan kehendak sekeliling. Bagi kebanyakan orang, tekanan (stress) adalah lumrah hidup. Dalam keadaan stress yang sederhana dan terkawal, stress boleh menjadi pemangkin, memberi upaya untuk seseorang untuk melakukan yang terbaik dan berjaya. Namun jika kita secara kerap berada dalam keadaan tertekan, badan mungkin terpaksa membayar padahnya. ‘‘Kajian pada 2006 turut menunjukkan 6.4 peratus orang pernah terlintas dalam fikiran untuk membunuh diri,” (Utusan Malaysia, Januari 2011) 



Tanda dan Gejala
  1. Apa itu Stress? 
    Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan

  2. Adakah stress sesuatu yang bahaya?
    Tidak

    Graf Stres Hans Selve
    stress level
    Bila stress rendah, hasil kerjanya juga rendah kerana kurangnya motivasi dan tumpuan kepada kerja.

    Bila stress berada di peringkat tinggi , seseorang itu akan mengalami tekanan dan menunjukkan tanda-tanda stress

    Stress di peringkat sederhana adalah yang paling baik kerana ia akan meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang itu.


Punca-punca stress :


  1. Stress Ancaman (survival) :

    Berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam sama ada dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang sedang dihadapi.
  2. Stressdalam diri sendiri:

    Di mana anda adalah seorang yang mempunyai personaliti Jenis A iaitu bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi. .

    Apabila anda terlalu mengharapkan kesempurnaan yang sukar dicapai. Lima harapan kesempurnaan yang tidak realistik oleh seseorang itu adalah:
    • Anda mengharapkan orang lain mengagumi dan menyayangi anda
    • Anda menggagap diri anda kompeten setiap masa
    • Anda mempercayai orang lain yang menyebabkan segala kegagalan anda
    • Anda mengharapkan setiap kerja yang di hasilkan adalah sempurna yang dikehendaki oleh anda dan orang lain perlu mengikut kata-kata anda
    • Anda mempercayai pengalaman buruk yang lepas akan mempengaruhi masa depan anda

  3. Stress persekitaran tempat kerja anda
    1. Stress disebabkan persekitaran
      • Ruang tempat kerja yang sempit
      • Ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai
      • Bising
      • Kawasan yang kotor dan tidak selesa
      • Pencemaran
      • Pengurusan persekitaran yang tidak cekap

    2. Stress disebabkan bahan kimia dan pemakanan
      • "Caffeine" boleh menyebabkan hormon stres dalam badan anda meningkat, sukar hendak tidur dan menyebabkan anda tidak selesa
      • Peningkatan kandungan gula dalam darah dari pengambilan makanan yang manis dan coklat boleh memberi tenaga berlebihan kepada diri anda dalam masa yang singkat. Keadaan ini menyebabkan badan anda menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengimbangi kandungan gula itu . Ia boleh memberi kesan ke atas penurunan tenaga yang mendadak selepas kenaikan kadar gula yang tinggi
      • Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meletakkan badan anda mengalami stres disebabkan berlebihan bahan kimia.

  4. Stress disebabkan Cara Hidup dan Pekerjaan

    Faktor yang menyumbang kepada stress jenis ini ialah:
    • Beban kerja yang tinggi atau terlalu kurang
    • Dibebani oleh tanggungjawab di luar keupayaan dan pengalaman anda
    • Menghadapi banyak rintangan yang tidak sepatutnya diselesaikan oleh anda
    • Tekanan dari segi masa dan tarikh luput kerja yang perlu disiapkan
    • Kurang kemampuan untuk mengikuti peredaran masa
    • Perubahan dasar dan prosedur di tempat kerja
    • Kurang mendapat maklumat, nasihat dan sokongan yang bersesuaian
    • Tidak jelas tentang objektif yang hendak dicapai
    • Tidak jelas tentang kehendak ketua terhadap peranan anda
    • Dibebani dengan tanggungjawab terhadap orang bawahan, sumber kewangan dan peralatan
    • Tekanan perkembangan kerjaya seperti:
      • Dalam tempoh percubaan, kecewa dan jemu terhadap pekerjaan sekarang
      • Kenaikan pangkat di luar kemampuan diri
      • Tidak jelas tentang perkembangan kerjaya pada masa akan datang
      • Tiada peluang kenaikan pangkat
      • Tiada jaminan pekerjaan
    • Tekanan daripada organisasi atau pelanggan seperti
      • Tekanan dari pihak atasan
      • Campur tangan terhadap bidang tugas
      • Tuntutan berlebihan daripada pelanggan
      • Gangguan terhadap perancangan kerja
      • Gangguan telefon
    • Tekanan atas diri sendiri dan keluarga seperti:
      • Masalah kewangan
      • Masalah hubungan dengan keluarga
      • Penyakit yang dialami
      • Perubahan hidup seperti kelahiran, kematian, perkahwinan dan penceraian


BAGAIMANA MENANGANI STRESS


  • Anda perlu menerima kenyataan yang anda sedang mengalami stres
  • Anda perlu kenal pasti punca yang menyebabkan anda stres
  • Pelajarilah teknik dan kaedah pengurusan stres.
  • Sekiranya tiada perubahan dalam masalah stres yang anda hadapi selepas tiga minggu anda amalkanteknik dan pengurusan stres yang disarankan ini, berjumpalah dengan pakar dan dapatkan bantuan mereka


BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU


Tahukah anda B-Complex Shaklee seringkali dianggap sebagai penenang atau vitamin anti stress. Selain itu berikut adalah manfaat utama B-Complex Shaklee :

  • Menukar makanan kepada tenaga - bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan/stress.
  • Melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, kemurungan dan imsomnia.
  •  Membantu tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang. 
  • Rambut beruban dan gugur - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah pembentukan katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.
  • Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
  • Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
  • Mencegah kerekahan mulut, jangkitan lidah dan nafas berbau.
  • Detoksifikasi - meredakan alahan. 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------\
marlinda ngaliman
pengedar sah shaklee kawasan ampang
shaklee id 944003
sms.telegram.whatsapp +60107158797
email : alin.shaklee@gmail.com


Friday 14 November 2014

VITAMIN E GPS SPERMA




Biasanya lelaki akan menyalahkan pasangannya, kononnya tidak memberikan mereka zuriat. Namun tahukah anda melalui kajian dan ujian kesuburan yang dibuat di antara pasangan suami isteri, didapati lelaki menjadi punca masalah. Pemeriksaan kesuburan antara kedua pasangan perlu dilakukan untuk mengenal pasti masalah sebenar. Suamiseharusnya tidak berasa takut kerana masalah kesuburan mereka boleh diatasi sekiranya diberikan rawatan sempurna.


      Produksi sperma dikendalikan dalam pundi-pundi seminiferus dan memerlukan keadaan yang optimum. Ketidaksuburan yang mengganggu jentera produksiberpunca dari suhu yang tinggi, nikotin dari rokok, alkohol dari minuman keras, dadah, ubat-ubatan, sinaran ungu dan tekanan emosi.

      Masalah ini boleh berubah jika faktor-faktor tersebut dapat dielakkan. Jauhi minuman keras, berhenti merokok dan mendapatkan nasihat doktor jika emosi tertekan adalah jalan terbaik untuk memperbaiki kesuburan anda. Lelaki jugadigalakkan mengamalkan gaya hidup sihat, selain pengambilan makanan sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Sistem pertahanan badan mengeluarkan antibodi untukmenghapuskan kuman atau virus yang terdapat dalam tubuh manusia. Sebilangan kecil lelaki yang pernah mengalamigangguan pada bahagian buah zakar atau menjalani pemandulan, akan mengalami masalah produksi antibodi pada sel sperma.




BAGAIMANA VITAMIN E SHAKLEE MEMBANTU


Kajian menunjukkan vitamin E dan Seleminium dapat meningkatkan motiliti/pergerakan sperma. Shaklee Vitamin E membekalkan vitamin E dan Seleminium semulajadi.



Kajian terhadap 690 orang lelaki yang tidak subur telah dijalankan menggunakan Vitamin E Shaklee. Hasil daripada  kajian tersebut menunjukkan :-
  • 39.9 % - no response
  • 10.8 % - spontaneous pregnancy
  • 49.3 % - improve sperm quality
Vitamin E dan Seleminum ini akan bertindak umpama GPS. Jadi, bila dikata menjadi GPS... mesti boleh faham maksudnya kan? Jadi, nampak sendiri bagaimana vitamin E shaklee ini membantu dalam meningkatkan kesuburan lelaki dan sekaligus membantu bagi pasangan yang merancang untuk menambah bilangan ahli keluarga.



Selain itu, vitamin E shaklee mengandungi anti-oksida yang kuat bagi :
  • Melindungi dari kerosakan antioksidatif sel dan kerosakan kelembapan kulit.
  • Melindungi kulit dari sinaran ultralembayung.

Shaklee vitamin E juga mempunyai kebaikan seperti :
  • memelihara sakur darah yang sihat.
  • memekihara fungsi organ pembiakan yang sihat


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


marlinda ngaliman
pengedar sah shaklee kawasan ampang
shaklee id 944003
sms/whatsapp/telegram +60107158797
email alin.shaklee@gmail.com



Thursday 13 November 2014

OMEGA 3 UNTUK IBU HAMIL


Memiliki anak yang mempunyai otak yang sihat dan cerdas boleh dilakukan seawal di dalam kandungan lagi. Ibu mengandung yang mengambil cukup omega 3 sangat bagus di mana ia amat penting dalam perkembangan memori dan juga menajamkan minda .Contoh makanan yg tinggi omega 3 adalah seperti ikan dilautan sejuk, telur,kekacang,soya dan macam-macam lagi, 



Kepentingan Omega 3 Semasa Hamil

  • untuk pembangunan penglihatan dan kognitif bayi
  • mengurangkan risiko alergi dikalangan bayi
  • digunakan selepas bersalin untuk membuat susu ibu
  • untuk perkembangan sistem saraf otak bayi
  • mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi
  • mengurangkan risiko kemurungan ibu mengandung



Mengapa Omega Guard Shaklee



  • Melindungi Jantung anda ~Ia membekalkan asid lemak omega -3 berpotensi ultratulen dgn spektrum penuh bergred farmaseutikal 
  • Membantu mengurangkan risiko sakit jantung ~satu penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega -3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
  • Ultratulen dan bergred Farmaseutikal ~Omega Guard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul yg memekatkan asid lemak omega -3 yg bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bhn2 berbahaya seperti merkuri dan plumbum yg terdpt dlm ikan
  • Minyak Ikan terbaik di dunia~mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA,DHA,ALA dll. EPA menyihatkan jantung dan sendi,DHA penting bagi perkembangan dan fungsi2 otak.


Selain itu, Omega 3 di dalam Omega Guard Shaklee membantu: 
- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

----------------------------------------------------------------------

marlinda ngaliman
pengedar sah shaklee kawasan ampang
shaklee id 944003
sms/telegram/whatsapp +60107158797
email : alin.shaklee@gmail.com


Monday 10 November 2014

MAKANAN MINDA UNTUK ANAK-ANAK

Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat. otak merupakan organ terpenting dalam tubuh badan manusia.otak terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan. Otak kanan melihat kepada sesuatu yang lebih menyeluruh dan lebih berfokus kepada imaginasi dan kreativiti. Manakala otak kiri pula adalah untuk menyelesaikan sesuatu yang kritis. Otak kiri lebih kepada urutan, kemahiran analitis dan pemikiran logik.

ketika kanak-kanak mencapai usia lima hingga enam tahun sebahagian besar daripada otaknya telah mula diterokai. Apa sahaja yang mereka lihat, dengar dan sebut akan kekal di memori otak. setiap saraf dan sel akan berhubung antara satu sama lain untuk membentuk sesuatu kemahiran untuk mempelajari sesuatu. Kecerdasan otak sangat membantu anak-anak untuk membentuk konsentrasi dan tumpuan mereka.



Makanan seimbang sangat penting untuk tumbesaran anak-anak. Sesetengah makanan dipercayai membantu meningkatkan fungsi minda mereka. kanak-kanak perlu dibekalkan dengan makanan yang mempunyai fungsi anti oksidan yang dapat meningkatkan memori, mengekalkan koordinasi dan pergerakan motor dan keseimbangan tubuh mereka.

Selain itu, makanan yang kaya dengan Omega3 seperti ikan lautan sejuk, badam, keju, beras perang,walnut dan minyak canola. selain itu, makanan pilihan terbaik yang mengandungi omega3 ialah telur dan kekacang.

makanan yang mengandungi karbohidrat juga diperlukan secara sederhana dalam tubuh kanak-kanak. Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti oat, yogurt, roti gandum penuh, dan aprikot kering adalah makanan berkarbohidrat yang mampu menajamkan minda kanak-kanak.

Makanan yang kaya coline dan kekacang pula membantu membina memori. Makanan yang mengandungi vitamin A pula membantu memoptimumkan keupayaan minda untuk mengingati.

Pemakanan minda seperti inilah mampu membantu anak-anak mendapat minda yang cerdas. Otak mereka juga umpama 'sedang bersenam' apabila mereka bermain. Otak yang aktif akan memudahkan anak-anak menerima seberapa banyak maklumat yang berguna.




Kebaikan Omega Guard Shaklee untuk kanak-kanak

Omega Guard adalah salah satu daripada suplemen yang disyorkan untuk anak-anak kita.Selalu kan kita dengar bagi anak suplemen minyak ikan?  Anda boleh mula memberikan Omega Guard kepada anak-anak seawal usia mereka setahun. 


Apakah kebaikan Omega Guard untuk anak anda? Diantaranya adalah :

    *Meningkatkan sistem imun tubuh kanak-kanak (selesema, demam,batuk-batuk berkurangan)
    *Kesihatan sistem kardiovascular (jantung, arteri, salur darah yang sihat)
    *Membantu mengurangkan kesan radang di sebabkan eczema.
    *DHA dan EPA dengan untuk perkembangan minda kanak-kanak.Oleh itu Omega Guard disyorkkan untuk kanak-kanak hyperactive dan autisme


------------------------------------------------------------------------------------------

marlinda ngaliman
pengedar sah shaklee kawasan ampang
shaklee id 944003
sms/whatsapp/telegram +60107158797
email : alin.shaklee@gmail.com

Sunday 9 November 2014

AWET MUDA DENGAN KOLAGEN

Sebut sahaja kolagen... pasti ramai yang biasa dengar kan? tapi berapa ramai yang sebenarnya tau apa itu kolagen? dan pastinya ada yang kaitkan kolagen tu dengan awet muda... jom kita intai-intai dulu apa itu sebenarnya kolagen.




APA ITU KOLAGEN ?
Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara semulajadi, terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi.

Masalah timbul apabila manusia semakin tua, kandungan kolagen di dalam badan semakin berkurangan. Pengurangan inilah yang menyebabkan kulit menjadi berkedut.


APA PENTINGNYA KOLAGEN ?
  1. Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.
  2. Memulihkan masalah kulit - Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.
  3. Mencantik dan menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.
  4. Menegangkan payudara - Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.
  5. Menguatkan tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca daripada kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.
  6. Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.
  7. Melambatkan proses penuaan kulit - Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.

MENGAPA SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Shaklee Collagen Powder diekstrak daripada sisik ikan merah. 
Ia memberi sumber kolagen premium tahan lasak dan membekal RSS kolagen 4000mg kolagen. Shaklee collagen powder mempunyai jisim molekul serendah 1,000 dalton bagi penyerapan unggul.







shaklee collagen powder boleh dimakan begitu sahaja ... dan juga boleh dijadikan masker untuk kejelitaan wajah anda. Hanya campurkan shaklee collagen powder dengan toner... dan kemudian boleh diletakkan di wajah anda untuk lebih kurang 15 minit. anda akan terasa perbezaannya...


-------------------------------------------------------------------------------------------------

marlinda binti ngaliman
pengedar sah shaklee kawasan ampang
shaklee id 944003
sms/whatsapp/telegram +60107158797
email : alin.shaklee@gmail.com


Saturday 8 November 2014

SESI MENIMBA ILMU : BENGKEL NUTRISI 2014

alhamdulillah....semalam 8/11/2014 ... lin dapat peluang sertai bengkel nutrisi anjuran shaklee...sebelum ni...memang hati terasa sangat nak sertai tapi kekangan kerja membataskannya... 



alhamdulillah...alhamdulillah...semalam Allah swt permudahkan semua urusan lin..dan dapatlah lin berguru di shaklee home office di Pinnacle, Sunway... terima kasih pada mama yati napi yang hadirkan peluang ni pada lin..




kelas bermula tepat jam 10.00pagi... dibawah kendalian Pn Nurul yang merupakan pakar nutrisi di shaklee sri rampai... selesai sesi perkenalan dan ice breaking... produk training pun dilakukan oleh Miss Celine.. slama ni dengar je nama celine ni dr mulut mama myn je... then..bila hari ni bkenalan sendiri dan melihat sendiri bagaimana celine ni bagi talk... barulah lin faham kenapa ramai orang suka dengar dia bercakap .. produk pertama yang diterangkan ialah Phytocol.. huhu...sangat excited mengetahui bagaimana kolesterol dihalang drp memasuki ruangan usus.. Celine meneruskan dengan produk vivix, shaklee collagen powder, ostematrik dan  sebagainya..penyampaian celine tentang setiap produk tu sangat jelas dan mudah untuk difahami..

tengah hari tu... kami break untuk lunch dan solat zuhur... kami beramai-ramai menikmati hidangan nasi arab di  restoran marhabah yang berdekatan di situ.. nyam²..perut pun sudah bernyanyi..hehe


pkl 2pm.. kelas produk training disambung semula oleh nurul... berselang seli dengan kuiz² spontan ttg produk... uhukss..tahniah yg berjaya dlm kuiz tu..siap dpt free supplement tau sebagai hadiah.... jelesssnya..i xdapat...:)

opss... lupa plak... selain sekadar mendengar kami juga diberi sebiji vitamin E untuk dicuba... tapi yang paling best... dapat merasai sendiri bagaimana collagen powder dijadikan masker....wahh... lembut jap tangan i tau lepas pakai masker tu.... :)

akhirnya..tepat jam 430pm... sesi penyampaian sijil diadakan... excited sgt² masa tu..hehe..pastu apa lg...sesi bergambar dengan kesemua 40org peserta dan juga trainer..






bagi lin... bengkel ini :-

  • sangat² bagus untuk mereka yang masih blur dengan setiap produk yang ada di shaklee
  • pengetahuan kita tentang produk menjadi lebih jelas
  • kita lebih yakin untuk berkongsi tentang produk dengan orang lain
  • semangat untuk mencuba setiap produk yang diterangkan tu semakin membuak²
semoga bengkel ini dapat memberi manfaat pada lin dalam bidang shaklee ni...insyaallah lin akan kongsikan dengan mereka yang memerlukan terutamanya "anak-anak" lin. lin percaya ilmu yang dikongsikan tidak akan berkurang malahan akan bertambah. insyaallah....

Sunday 2 November 2014

OMEGA GUARD : Terbaik untuk kanak-kanak

seseorang pernah bertanya pada saya...
' sis, omega guard ni bole ke dimakan oleh kanak-kanak..' 
eh...boleh sangat-sangat..malahan banyak kelebihan minyak ikan ni untuk anak-anak...



Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

"Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.* "


minyak ikan omega guard ini 
membantu tumbesaran anak-anak dan juga perkembangan otak anak-anak anda...selain itu, omega guard juga mampu menguatkan sistem imunisasi badan anak-anak... jadi ia amatlah sesuai bagi si kecil yang kerap demam, batuk, asthma dan sebagainya.


bagaimana pengambilan omega guard oleh kanak-kanak?
  • bagi si kecil yang masih belum mampu menelan, ibu bole memicit pada kapsul omega.. meletakkannya di dalam sudu atau dicampurkan dengan minuman anak kecil anda.

  • bagi kanak-kanak yang sudah pandai menelan...ibu bole memberi satu kapsul omega guard sehari kepada anak-anak anda.

ayuh... cepat-cepat dapatkan supplemen istimewa untuk anak-anak anda ini. percayalah pelaburan ini pasti tidak akan merugikan.


------------------------------------------------------------------------------------------

marlinda ngaliman
pengedar sah shaklee kawasan ampang
shaklee id 944003
sms/whatsapp/telegram +60107158797
email : alin.shaklee@gmail.com

MENGAPA OMEGA GUARD SHAKLEE HEBAT?


Promosi omega guard shaklee kembali lagi. tapi agak-agaknya mengapa OMEGA GUARD yang dipilih untuk promosi hebat ini..





Apa kelebihan Shaklee Omega Guard berbanding minyak ikan jenama lain?

  • Merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi kesemua 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuklah EPA, DHA dan ALA.
  • Rata-rata minyak ikan diekstrak melalui kaedah penyulingan tekanan tinggi yang memusnahkan kebanyakan nutrient dan tidak mampu menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.
  • Shaklee Omega Guard diesktrak melalui proses penyulingan 3 peringkat berteknologi tinggi yang bukan sahaja mengekstrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen malah menyingkirkan bahan-bahan logam berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik dan lain-lain. Maka Shaklee Omega Guard adalah minyak ikan paling tulen.
  • Tidak diekstrak dari hati minyak ikan yang mengandungi toksik.


Apa kebaikan Shaklee Omega Guard?

  • Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  • Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  • Mencegah pembekuan darah dalam badan, mencegah salur darah dari tersumbat dan mengelakkan strok
  • Mengekalkan tekanan normal darah dan mengurangkan ketegangan urat leher serta sakit kepala
  • Merendahkan kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  • Membakar lemak dengan cepat dan meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan (cepat kenyang dan kurang nafsu makan) memberi kesan hebat dalam proses pelangsingan badan
  • Sangat bagus untuk ibu hamil kerana membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  •  Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
  • Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak terutama yang sering demam, selesema, batuk berkahak, asthma dan ekzema.
  • Membantu menyihatkan paru-paru dan memelihara buah pinggang
  • Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti ekzema psoriasis
  • Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
  • Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
  • Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  • Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi, mengatasi kebas-kebas dan lenguh-lenguh badan
  • Mencegah penyakit gout dan insomnia
  • Mengurangkan tekanan emosi, kemurungan dan kebimbangan terutama mengelakkan meroyan di kalangan ibu dalam pantang
  • Mengurangkan masalah schizophrenia


Siapa patut amalkan Omega Guard?

  • Warga emas
  • Pesakit Jantung
  • Wanita yang telah melahirkan anak
  • Pesakit darah tinggi
  • Orang yang selalu lupa
  • Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
  • Pelajar
  • Ibu menyusu
  • Ibu hamil (trimester 2 ke atas).
  • Mereka yang mahu sihat
  • Mereka yang mahu kuruskan badan dengan cara yang sihat

--------------------------------------------------------------------------------------------------

marlinda ngaliman
pengedar sah shaklee kawasan ampang
shaklee id 944003
sms/whatsapp/telegram +60107158797
email : alin.shaklee@gmail.com


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...