Sunday 16 November 2014

STRESS : KENALI PUNCA DAN CARA ATASI

Hidup moden penuh dengan kesibukan, tarikh akhir, kekecewaan dan kehendak sekeliling. Bagi kebanyakan orang, tekanan (stress) adalah lumrah hidup. Dalam keadaan stress yang sederhana dan terkawal, stress boleh menjadi pemangkin, memberi upaya untuk seseorang untuk melakukan yang terbaik dan berjaya. Namun jika kita secara kerap berada dalam keadaan tertekan, badan mungkin terpaksa membayar padahnya. ‘‘Kajian pada 2006 turut menunjukkan 6.4 peratus orang pernah terlintas dalam fikiran untuk membunuh diri,” (Utusan Malaysia, Januari 2011) 



Tanda dan Gejala
  1. Apa itu Stress? 
    Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan

  2. Adakah stress sesuatu yang bahaya?
    Tidak

    Graf Stres Hans Selve
    stress level
    Bila stress rendah, hasil kerjanya juga rendah kerana kurangnya motivasi dan tumpuan kepada kerja.

    Bila stress berada di peringkat tinggi , seseorang itu akan mengalami tekanan dan menunjukkan tanda-tanda stress

    Stress di peringkat sederhana adalah yang paling baik kerana ia akan meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang itu.


Punca-punca stress :


  1. Stress Ancaman (survival) :

    Berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam sama ada dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang sedang dihadapi.
  2. Stressdalam diri sendiri:

    Di mana anda adalah seorang yang mempunyai personaliti Jenis A iaitu bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi. .

    Apabila anda terlalu mengharapkan kesempurnaan yang sukar dicapai. Lima harapan kesempurnaan yang tidak realistik oleh seseorang itu adalah:
    • Anda mengharapkan orang lain mengagumi dan menyayangi anda
    • Anda menggagap diri anda kompeten setiap masa
    • Anda mempercayai orang lain yang menyebabkan segala kegagalan anda
    • Anda mengharapkan setiap kerja yang di hasilkan adalah sempurna yang dikehendaki oleh anda dan orang lain perlu mengikut kata-kata anda
    • Anda mempercayai pengalaman buruk yang lepas akan mempengaruhi masa depan anda

  3. Stress persekitaran tempat kerja anda
    1. Stress disebabkan persekitaran
      • Ruang tempat kerja yang sempit
      • Ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai
      • Bising
      • Kawasan yang kotor dan tidak selesa
      • Pencemaran
      • Pengurusan persekitaran yang tidak cekap

    2. Stress disebabkan bahan kimia dan pemakanan
      • "Caffeine" boleh menyebabkan hormon stres dalam badan anda meningkat, sukar hendak tidur dan menyebabkan anda tidak selesa
      • Peningkatan kandungan gula dalam darah dari pengambilan makanan yang manis dan coklat boleh memberi tenaga berlebihan kepada diri anda dalam masa yang singkat. Keadaan ini menyebabkan badan anda menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengimbangi kandungan gula itu . Ia boleh memberi kesan ke atas penurunan tenaga yang mendadak selepas kenaikan kadar gula yang tinggi
      • Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meletakkan badan anda mengalami stres disebabkan berlebihan bahan kimia.

  4. Stress disebabkan Cara Hidup dan Pekerjaan

    Faktor yang menyumbang kepada stress jenis ini ialah:
    • Beban kerja yang tinggi atau terlalu kurang
    • Dibebani oleh tanggungjawab di luar keupayaan dan pengalaman anda
    • Menghadapi banyak rintangan yang tidak sepatutnya diselesaikan oleh anda
    • Tekanan dari segi masa dan tarikh luput kerja yang perlu disiapkan
    • Kurang kemampuan untuk mengikuti peredaran masa
    • Perubahan dasar dan prosedur di tempat kerja
    • Kurang mendapat maklumat, nasihat dan sokongan yang bersesuaian
    • Tidak jelas tentang objektif yang hendak dicapai
    • Tidak jelas tentang kehendak ketua terhadap peranan anda
    • Dibebani dengan tanggungjawab terhadap orang bawahan, sumber kewangan dan peralatan
    • Tekanan perkembangan kerjaya seperti:
      • Dalam tempoh percubaan, kecewa dan jemu terhadap pekerjaan sekarang
      • Kenaikan pangkat di luar kemampuan diri
      • Tidak jelas tentang perkembangan kerjaya pada masa akan datang
      • Tiada peluang kenaikan pangkat
      • Tiada jaminan pekerjaan
    • Tekanan daripada organisasi atau pelanggan seperti
      • Tekanan dari pihak atasan
      • Campur tangan terhadap bidang tugas
      • Tuntutan berlebihan daripada pelanggan
      • Gangguan terhadap perancangan kerja
      • Gangguan telefon
    • Tekanan atas diri sendiri dan keluarga seperti:
      • Masalah kewangan
      • Masalah hubungan dengan keluarga
      • Penyakit yang dialami
      • Perubahan hidup seperti kelahiran, kematian, perkahwinan dan penceraian


BAGAIMANA MENANGANI STRESS


  • Anda perlu menerima kenyataan yang anda sedang mengalami stres
  • Anda perlu kenal pasti punca yang menyebabkan anda stres
  • Pelajarilah teknik dan kaedah pengurusan stres.
  • Sekiranya tiada perubahan dalam masalah stres yang anda hadapi selepas tiga minggu anda amalkanteknik dan pengurusan stres yang disarankan ini, berjumpalah dengan pakar dan dapatkan bantuan mereka


BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU


Tahukah anda B-Complex Shaklee seringkali dianggap sebagai penenang atau vitamin anti stress. Selain itu berikut adalah manfaat utama B-Complex Shaklee :

  • Menukar makanan kepada tenaga - bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan/stress.
  • Melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, kemurungan dan imsomnia.
  •  Membantu tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang. 
  • Rambut beruban dan gugur - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah pembentukan katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.
  • Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
  • Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
  • Mencegah kerekahan mulut, jangkitan lidah dan nafas berbau.
  • Detoksifikasi - meredakan alahan. 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------\
marlinda ngaliman
pengedar sah shaklee kawasan ampang
shaklee id 944003
sms.telegram.whatsapp +60107158797
email : alin.shaklee@gmail.com


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...