Saturday 18 October 2014

SAKIT SENDI : MENCARI PENAWARNYA ..

Sakit Sendi

Pengenalan
Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.
Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.

Sebab-Sebab Sakit Sendi
Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.
  • Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
  • Berat badan berlebihan
  • Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
  • Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
  • Penyakit sendi seperti arthritis
  • Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
  • Penyakit tulang
  • Ketumbuhan
  • Jangkitan kuman
  • Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
  • Penyakit kronik
  • Ubat-ubatan


Rawatan
Sakit sendi selalunya bukan disebabkan oleh penyakit serius.
  • Sakit ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah seperti merehatkan sendi tersebut secukupnya contohnya dengan penggunaan ´splint´ (pengampu).
  • Kerap mengenakan ´cold pack´(contoh ais yang dilipat dalam tuala) pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan(keradangan)
  • Selepas beberapa hari, selangkan penggunaan pek sejuk dan panas . Urut secara lembut juga boleh membantu
  • Kenakan pek panas untuk meringankan ketegangan sendi.
  • Guna ubat penahan sakit seperti paracetamol(panadol) atau ubatan jenis ´non-steroidal anti-inflammatory´ (NSAID) sekiranya paracetamol tidak melegakan. Ini boleh didapati di farmasi.
  • Kurangkan berat badan
  • Guna kasut bertumit rendah
  • Bijak menangani tekanan
  • Dapatkan rawatan bagi penyakit yang khusus

## sumber :  http://www.myhealth.gov.my/




SET KESIHATAN SENDI SHAKLEE

Advanced Joint Health Tablet 
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen

Ostematrix 
Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. 
Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. 
Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.


-----------------------------------------------------------------------------

marlinda ngaliman
pengedar sah shaklee kawasan ampang
shaklee id 944003
sms/telegram/whatsapp +60107158797
email : alin.shaklee@gmail.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...