Saturday 11 October 2014

SHAKLEE PENYUMBANG KEPADA ISRAEL ?

 isu SHAKLEE PENYUMBANG KEPADA ISRAEL .. masih hangat diperkatakan...

ramai yang terkejut...
terutama mereka yang consume shaklee
pastinya mereka terpikir.... dlm menjaga kesihatan....adakah mereka juga telah menyumbang kepada israel...

berapa orangkah pula yang benar dah buat homework sebelum mengatakan yang isu atau benar... atau sekadar menyebarkannya dr mulut ke mulut tanpa kesahihan sebenar.

Roger Barnett orang kuat shaklee dikatakan penyumbang kepada israel.. hanya kerana beliau seorang..seluruh shaklee dianggap penyumbang kepada israel...namun apa sebenarnya yang berlaku..

1. SHAKLEE TIDAK MENYUMBANG KEPADA ISRAEL
Ini adalah terang dan jelas kerana ia tidak disenaraikan dalam mana2 senarai syarikat yang menyumbang kepada Israel. Shaklee sendiri mengeluarkan statement untuk menjelaskan kedudukan syarikat.



2.  HAK PERSEORANGAN / INDIVIDU
Setiap orang mempunyai hak untuk berjuang/ menyumbang kepada agama masing-masing. Kita sendiri sebagai umat islam menghulurkan sumbangan kepada agama kita.. Kita menunaikan zakat, bersedekah, infaq dan lain-lain untuk Islam. Ahli-ahli shaklee sendiri diterapkan untuk mengeluarkan zakat dan bersedekah hasil daripada pendapatan shaklee mereka setiap bulan.

Begitu juga Roger Barnett. Sebagai individu, beliau berhak untuk menyumbangkan pendapatan beliau kepada agama anutan beliau sendiri atau kepada siapa sahaja yang dia inginkan. Ramai yang mungkin tidak tahu... Roger Barnett bukan hanya terlibat dengan shaklee...malahan juga perniagaan lain seperti Burberry, Beauty.com dan pelbagai lagi. Tapi... kenapa nama shaklee yang dipetik...hurm...fikir-fikirkan lah...


3. KAMU DGN AGAMAMU, AKU DGN AGAMAKU
Katakanlah: “Wahai orang-orang kafir, Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku”. ( Surah Al Kafirun )
Surah ini jelas menerangkan prinsip kita.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...